Who am I .?

I'm the type of girl who will burst out laughing in dead silence because of something that happened..yesterday.

Translate

Powered by Blogger.


Aku hanya hamba Ilahi yang berusaha mencari keredhaan-Nya.

Friday, 18 January 2013

#Cara Menghapus Dosa


Segala puji bagi Allah yang telah memberi hidayah petunjuk untuk (mendapat nikmat-nikmat) ini, padahal kami tidak sekali-kali akan memperoleh petunjuk kalau Allah tidak memimpin kami (dengan taufik-Nya).
Assalamu'alaikum :)  Apa khabar iman kita hari ini? Jangan lupa berzikir dan sentiasa mengingati Allah, yang memberi pinjam segala nikmat-Nya kepada kita. Sahabat, mari bermuhasabah sebentar.

Semenjak kita baligh, segala dosa kita ditulis oleh malaikat Atid. Malaikat itu tidak pernah lupa untuk mencatat segala amalan dosa kita, kita sahaja yang lupa dan leka. Agak-agak tebal manakah buku dosa kita? Senipis mana pula buku pahala kita? Berapa banyakkah solat yang telah kita tinggalkan dengan sengaja atau dengan beralasan (untuk dunia seperti sibuk bekerja & sibuk belajar)? Berapa banyak puasa yang telah kita tinggal? Berapa banyak pula maksiat mata (penglihatan), telinga, tangan, dan kaki? Layakkah kita untuk masuk ke syurga Allah, yang sangat indah? Layakkah kita, insan yang hina dan lemah ini untuk mendapat ganjaran sebesar itu di akhirat nanti? 

Itulah yang aku rasakan, betapa hina dan kerdilnya untuk diriku yang hina ini memohon syurga Allah, namun Allah Maha Besar, Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Kita diberi peluang untuk bertaubat, Dia berikan kita hidayah dan memandu kita ke jalan-Nya yang lurus. Oleh itu, janganlah kita berputus asa dengan rahmat Allah. Semalam, aku membaca 'Cara Mujarab untuk Menghapuskan Dosa'. 

Sabda Nabi SAW : "Bertaqwalah kamu kepada Allah di mana sahaja kamu berada, dan susulilah setiap kejahatan dengan kebaikan, nescaya ia akan menghapuskannya." (Riwayat Imam Tirmizi daripada Abu Zar r.a)

Sebagai contoh, masa yang diisi dengan perkara lagha atau melalaikan hendaklah dihapuskan dengan membaca al-Quran dan al-hadis, melazimi majlis zikir dan program-program yang berfaedah.


Memang sukar untuk menghitung dosa yang lalu. Maka, apa yang patut kita lakukan adalah melakukan perkara-perkara yang sebaliknya iaitu perkara-perkara baik. 

Nama-nama Malaikat yang Wajib Kita Ketahui


**Tanda kiamat semakin hampir : Penjenayah menjadi pemimpin dan kebanyakannya jahil mengenai agama serta memberi fatwa yang menyesatkan pengikutnya.

Thursday, 17 January 2013

#Tentang Iman#Jagalah Hati

Assalamu'alaikum :) Syukur pada Allah kerana kita masih lagi bernafas dan diberi peluang untuk bertaubat. Sesungguhnya, dosa-dosaku terlalu banyak dan besar untuk diampunkan. Namun, Allah masih lagi menutup dosa-dosa itu. Seandainya kalian tahu betapa berdosanya aku, masihkah kalian mahu mendampingiku? :(

Jangan terpisah dari Allah, terpinggir dari manusia.


Dalam diri kita, ada seketul daging, yang akan menentukan baik dan jahatnya kita. Daging itu adalah hati. Hati yang bersih akan melahirkan seorang insan yang dekat dengan Allah SWT, sebaliknya hati yang kotor, hitam dan gelap akan jauh dari rahmat Allah. Oleh itu, jagalah hati.

Bagaimana caranya untuk menjaga hati itu dari hasutan syaitan, iblis dan hawa nafsu? Dengan mendekatkan diri kepada Allah, iaitu dengan membaca Al-Quran dan berzikir. Sesungguhnya, apabila kita melakukan dosa, kita akan berasa seolah Allah melepaskan tangan terhadap kita, hati tidak lagi tenteram, jiwa berkocak resah. Apabila jauh dari rahmat Allah, kita juga akan berasa jauh dengan manusia yang soleh, berilmu, beriman dan beramal.



Aku redha Allah sebagai tuhanku, Islam agamaku, dan Muhammad nabi dan rasulku. <3

**Tanda kiamat semakin hampir : Keinginan nafsu syahwat digalakkan dan berleluasa disebarkan melalui iklan, buku, gambar, risalah atau filem.

Wednesday, 16 January 2013

#Tentang Iman#Jadilah Hamba Yang Bersyukur




Assalamu'alaikum :) Sudahkah kita semua mengucapkan rasa syukur kepada sang pencipta kerana dengan izin-Nya kita masih bernafas lagi pada hari ini? Duhai rakan-rakan, jika belum, mari kita bersama-sama mengucapkan syukur Alhamdulillah kerana kita masih lagi diberi ruang untuk bertaubat.

                                                      

Berkata tentang syukur, bagaimana kita menunjukkan rasa syukur kepada Allah SWT? Adakah dengan berniat untuk membunuh nyawa yang dipinjamkan Allah? Atau dengan menghabiskan masa dengan membuat perkara maksiat? Semoga kita dilindungi dari perkara seperti ini. =.=

Jadilah hamba yang bersyukur dengan banyak memberi.

Sebagai tanda syukur kepada Allah, maka Islam mengajar setiap umatnya supaya tidak henti-henti membuat kebajikan kepada sesama insan. Begitulah cara melahirkan rasa syukur kepada Yang Maha Pemurah, iaitu dengan cara mengamal dan menghayati sifat pemurah di dalam kehidupan.

Memberi bukan sekadar derma dan sedekah, tetapi membantu orang lain, mengajar rakan-rakan, menyampaikan ilmu juga dikira memberi.

Tidak menjadi persoalan sama ada kebajikan itu dilakukan secara terang-terangan atau secara tersembunyi. Apa yang penting ialah amal kebajikan itu dilakukan secara konsisten dan terus-menerus dalam apa jua bentuk. Keikhlasan itu rahsia Allah, Allah saja yang tahu tahap keikhlasan seseorang.

                           

6 Perkara Yang Disembunyikan Allah :

::: Allah telah menyembunyikan redhanya dalam taat.
::: Allah telah menyembunyikan murkanya dalam maksiat
::: Allah telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran
::: Allah telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan
::: Allah telah menyembunyikan solat yang paling utama dalam solat (yang lima waktu)
::: Allah telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat dalam semua hari.

**Tanda-tanda kiamat semakin hampir : Sembahyang diringan-ringankan.