Assalamu'alaikum :) Sudahkah kita semua mengucapkan rasa syukur kepada sang pencipta kerana dengan izin-Nya kita masih bernafas lagi pada hari ini? Duhai rakan-rakan, jika belum, mari kita bersama-sama mengucapkan syukur Alhamdulillah kerana kita masih lagi diberi ruang untuk bertaubat.
Berkata tentang syukur, bagaimana kita menunjukkan rasa syukur kepada Allah SWT? Adakah dengan berniat untuk membunuh nyawa yang dipinjamkan Allah? Atau dengan menghabiskan masa dengan membuat perkara maksiat? Semoga kita dilindungi dari perkara seperti ini. =.=
Jadilah hamba yang bersyukur dengan banyak memberi.
Sebagai tanda syukur kepada Allah, maka Islam mengajar setiap umatnya supaya tidak henti-henti membuat kebajikan kepada sesama insan. Begitulah cara melahirkan rasa syukur kepada Yang Maha Pemurah, iaitu dengan cara mengamal dan menghayati sifat pemurah di dalam kehidupan.
Memberi bukan sekadar derma dan sedekah, tetapi membantu orang lain, mengajar rakan-rakan, menyampaikan ilmu juga dikira memberi.
Tidak menjadi persoalan sama ada kebajikan itu dilakukan secara terang-terangan atau secara tersembunyi. Apa yang penting ialah amal kebajikan itu dilakukan secara konsisten dan terus-menerus dalam apa jua bentuk. Keikhlasan itu rahsia Allah, Allah saja yang tahu tahap keikhlasan seseorang.

6 Perkara Yang Disembunyikan Allah :
::: Allah telah menyembunyikan redhanya dalam taat.
::: Allah telah menyembunyikan murkanya dalam maksiat
::: Allah telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran
::: Allah telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan
::: Allah telah menyembunyikan solat yang paling utama dalam solat (yang lima waktu)
::: Allah telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat dalam semua hari.
**Tanda-tanda kiamat semakin hampir : Sembahyang diringan-ringankan.

No comments:
Post a Comment